Tempat-tempat Menarik

Banyak tempat-tempat menarik di kawasan ini iaitu Daerah Dungun serta di Kuala Terengganu.Ia meliputi kawasan pelancongan, pulau-pulau, tempat makan, kraftangan serta monumen terkini.

 Air Terjun Chemerong adalah yang Tertinggi di Malaysia dan di Asia Tenggara!!. Ia pastinya akan mengundang sesiapa yang datang ke Terengganu bagi melihat ketinggian air terjun ini dengan mata sendiri. Air Terjun ini terletak di Daerah Dungun iaitu kira-kira 100KM dari Bandaraya Kuala Terengganu.Suasana di sekitar air terjun ini sangat menyegarkan, selain pandangan mata yang pastinya akan medongak ke atas melihat air terjun. Dalam pejalanan anda ke air terjun ini mata anda pastinya akan menangkap dari jauh air terjun ini kerana, ia dapat dilihat dari atas jalan raya lagi menuju ke lokasi air terjun ini.Aktiviti yang biasanya di buat di sini ialah mandi-manda, berkelah, berkhemah, mendaki, memancing dan beristirehat. Pastikan jika anda sampai di sini, mandi lah sepuas puasnya. Airnya yang sejuk lagi menyegarkan dan lokasi tempat mandinya yang banyak membolehkan anda menikmatinya sepuas puasnya.Antara kemudahan yang ada di sini ialah, Surau, Bilik Persalinan, Tandas Awam, Telefon dan Gerai menjual makanan. 
 
 Dulu, tak berapa lama dulu, sekitar 2006, Kuala Dungun tiada apa-apa. Sunyi, tapi sangat tenang. Tapi di sebalik kesunyian itu, ada sebuah gerai ikan bakar yang buruk. Walaupun buruk, ikan bakar di kedai itu memang menakjubkan!

Kini, Kuala Dungun mengalami fasa transformasi. Lalu kedai itu dirobohkan untuk memberi laluan kepada transformasi itu. Lalu, wujudlah semacam medan ikan bakar kira-kira 200m dari lokasi kedai buruk itu. Tapi, tauke kedai buruk itu tidak kelihatan di medan ikan bakar yang baru...

                                                    
Namun, medan ikan bakar itu aku fikir sangat menarik. Dengan susunan gerai yang teratur betul-betul di Muara Sungai Dungun memberikan satu tempat riadah yang baru di Dungun. Pada waktu petang kau boleh sekadar duduk-duduk sahaja di batu-batu besar di tepian muara. Manakala, malamnya kau boleh menikmati ikan bakar yang segar sambil angin muara bertiup nyaman.

 

Sanctuary ikan kelah tasik kenyir terletak di Sungai Petang...perjalanan ke Sanctuary kelah dengan menggunakan speedbot mengambil masa lebih kurang 1 jam dari Pengkalan Gawi...sampai saje di muara sungai, pelawat terpaksa berjalan kaki lebih kurang 30 minit untuk sampai ke lubuk kelah..sebelum hendak memasuki sanctuary kelah, pelawat kena dapatkan permit masuk terlebih dahulu..permit berharga rm10 untuk seorang..ianya boleh didapati di kaunter pertang Island Resort, Pengkalan Gawi..bagi perkhidmatan bot pula, caj yang dikenakan adalah sebanyak rm 550 untuk sebuah bot yang boleh memuatkan seramai 8 orang penumpang...pelawat tidak dibenarkan sama sekali membawa masuk sebarang alat2 yang boleh digunakan untuk pancing kerana ianya kawasan larangan memancing. Waktu operasi sanctuary adalah daripada jam 8 pagi hingga 12.00 tgh hari.. 

 Pulau Tenggol is one of the most beautiful islands in east cost of Malaysia; know for its perfect waters warmed by South China Sea. The small and compact island of Pulau Tenggol is a forgotten gem set in the clear blue waters of the South China Sea - an emerald of deep, green forested interior flanked by white powder beaches and beautiful reefs. This natural island with beaches saturated with pristine warm water is a divers' and snorkels' paradise.

At Pulau Tenggol, divers and Snorkellers alike can find pristine coral formations and a number of submerged rocks with excellent coral growths. Tenggol and its surrounding islands offer good visibility with teeming of marine life, including sharks, rays, nudibranch and a wide variety of hard and soft corals.

Pulau Tenggol temperatures rage from breezy 320C in the day to cool 250C at night.



Pasar Kedai Payang terletak di bandar Kuala Terengganu, Terengganu betul-betul mengadap Laut China Selatan. Bangunan pasar ini dua tingkat terbahagi kepada dua jenis barang utama. Bahagian bawah menjual barangan dapur. Sementara tingkat atas menjual pakaian terutama batik Terengganu dan songket tenunan Melayu.


Bazar Warisan pula terletak di sebelah pasar payang ini. Kompleks Stesen Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) dan premis perniagaan yang berdekatan menyebabkan persekitarannya sesak terutama pada hari Sabtu dan Ahad.
 
Taman Tamadun Islam (TTI) adalah sebuah taman tema yang mengetengahkan keunggulan seni warisan dan seni bina Islam dari seluruh pelosok dunia yang terletak di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu yang sebelum ini dianggap tidak berpenghuni dan dipenuhi hutan nipah. Taman tema ini merupakan salah satu projek pembangunan ekonomi Wilayah Ekonomi Pantai Timur.
Taman tema yang mula dibina pada Mac 2005 bukan sahaja dikelilingi replika-replika masjid dari serata dunia malah sebuah masjid yang juga mercu tanda baru Kuala Terengganu iaitu Masjid Kristal turut berdiri megah di situ.

Pantai Teluk Bidara terletak di Kampung Seberang Pintasan, Dungun. Ia merupakan antara pantai yang tercantik di Negeri Terengganu.Pantai Teluk Bidara ini menjadi tumpuan penduduk tempatan dan pelancong terutama pada hujung minggu dan hari cuti. Selain air yang jernih, di sini juga terdapat kawasan batu batan dan gua kecil bagi mereka yang gemarkan aktiviti lasak. Selain dari itu, pondok-pondok rehat dan gerai makan juga banyak terdapat di pantai ini.